Sunday 29 March 2015

SEK REN AGAMA KG PEREPAT


         Sekolah Rendah Agama Kampung Perepat Klang ini telah dibina pada tahun 1950-an. Tetapi ia terpaksa ditutup kerana beberapa masalah, antara lain disebabkan kekurangan murid. Hal ini berlaku kerana kurangnya kesedaran dikalangan ibu bapa terhadap pentingnya asas pendidikan agama bagi kanak-kanak.

        Sekolah ini kemudiannya telah dibuka semula dan terpaksa menumpang di Surau Kampung Perepat kerana bangunan sekolah telah diruntuhkan. Para Pelajar terpaksa belajar dalam keadaan yang tidak selesa.

        Oleh kerana, berbagai masalah timbul ketika menumpang bangunan surau tersebut, pihak AJK sekolah dan penduduk kampong mendirikan sebuah bangunan sekolah agama di atas sekeping tanah yang telah diwakafkan oleh penduduk kampong. Bangunan ini mula digunakan pada tahun 1981.

       Bilangan pelajar sekolah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Keadaan ini memaksa guru besar yang bertugas pada waktu tersebut mengambil inisiatif memohon bangunan tambahan. Dan akhirnya pada tahun 1992 bangunan tambahan telah mula digunakan sehinggalah tahun 2008.

      Keadaan ekonomi yang mantap telah menggalakkan berlakunyan pembangunan yang pesat di kampung ini. Pembinaan kilang-kilang dan taman-taman perumahan berhampiran menyumbang kepesatan penduduk di kampong ini. Situasi ini, sudah tentu memaksa pihak pentadbiran sekolah sekali lagi mengambil inisiatif yang proaktif memohon peruntukan bagi pembinaan bangunan sekolah agama yang lebih sesuai bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah.


TUJUAN PEMBINAAN BANGUNAN BARU SEK. REN. AGAMA KAMPUNG PEREPAT

1.Memberi keselesaan kepada anak-anak bangsa menuntut agama.

2.Melahirkan cendekiawan dan ulama dari peringkat kanak-kanak untuk memastikan kesinambungan pendidikan agama pada masa hadapan.

3.Memelihara keharmonian dan kesejahteraan di kalangan masyarakat kampong dengan memberi pendidikan agama yang seragam dan mengelakkan kehancuran moral dan sahsiah pelajar apabila meningkat usia remaja.

STATUS SEKOLAH

1. SESI PERSEKOLAHAN PADA TAHUN 2003

        1.1 Sekolah dibuka untuk dua sesi berikutan bilang pelajar yang semakin ramai sejak 1987.
        1.2 Sesi pagi untuk pelajar tahap satu ( Darjah 1 hingga 3 )
        1.3 Sesi petang untuk pelajar tahap dua ( Darjah 4 hingga 6 )
2. MURID

       Jumlah pelajar semakin meningkat iaitu seramai 268 orang pada tahun 2003

3. GURU

       Jumlah keseluruhan guru adalah 13 orang  ( 2 orang guru lelaki dan 11 orang guru perempuan )

** TAHUN 2009 :-

   Setelah sekolah baru terbina dan sesi persekolahan bermula, sekolah telah pun mempunyai murid yang bertambah dan pihak sekolah telah mendapat murid dikalangan 3 buah sekolah Kebangsaan yang berlainan sesi persekolah menjadi

Sessi Pagi            :-             Tahun 1,2,3 & 4
Sessi Petang      :-             Tahun 1,4,5 & 6

Dan tahun 2010, pihak sekolah mendapat murid-murid dari asrama Baitul Hasanah , Pusat Zakat Selangor dikalangan murid-murid Fakir Miskindan anak-anak Yatim yang terletak tidak jauh dari lokasi sekolah ini.

RASIONAL PERLUNYA MEMPERCEPATKAN PEMBINAAN SEKOLAH AGAMA YANG BARU.

1. Kepadatan murid dalam kelas menyebabkan para pelajar tidak dapat belajar dengan selesa.

2. Kelas tidak mengikut standart yang sepatutnya. Kelas hanya mampu menampung sejumlah 20 orang pelajar dalam kelas bukan 40 orang.

3. Projek pembesaran dan pembinaan jalan JKR laluan alternatif klang-kapar menyebabkan sekolah ini sentiasa diganggu dengan bunyi bising kenderaan, asap kenderaan, habuk/kotoran jalanraya dan sebagainya yang amat membahayakan keselamatan dan kesihatan para pelajar.

4. Pembinaan dan pembesaran jalan raya Kampong Perepat menyebabkan sebahagian daripada pagar sekolah berada di atas bahu jalan raya baru.Keadaan ini, sudah pasti membimbangkan pihak pentadbiran sekolah dan ibu bapa pelajar. ( rujuk lampiran / surat dari Khairi Consult Sdn.Bhd bertarikh 5 Jun 2002 ).

5. Kedudukan sekolah yang sangat tidak sesuai. Sekolah berada benar-benar di tepi jalan besar, simpang empat berlampu isyarat tanpa sebarang bonggol jalan ataupun garis kuning tempat melintas jalan ataupun papan tanda peringatan kawasan pelajar sekolah melintas.

6. Keadaan sekolah yang terlalu hampir dengan jalan raya menyebabkan beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku beberapa kali seperti pencerobohan dan kecurian tanpa mengira waktu siang ataupun malam.

7. Ketiadaan surau yang khusus bagi pelajar untuk melakukan amal ibadat dan aktiviti ko-kurikulum agama seperti solat berjemaah, qiamullail, khemah ibadah, latihan nasyid dan lain-lain mengikut apa yang diarahkan oleh pihak JAIS.
8. Sekolah ini, tidak mempunyai kawasan padang / tapak perhimpunan untuk para pelajar berkumpul dan membuat aktiviti perhimpunan mingguan dengan selesa. Kawasan yang sempit dan amat terhad ini di bimbangi akan membantutkan proses perkembangan minda pelajar yang kreatif.

9. Bangunan sekolah yang sedia ada didirikan di atas tanah wakaf ( tanah EMR 7244 ) sumbangan Allahyarham Hj. Maaruf bin Sibon seluas ¼ ekar. Keadaan ini membuktikan bahawa kampong perepat tidak mempunyai tanah untuk sekolah agama.

10. Tapak sedia ada telah diwartakan untuk tapak sekolah baru, masjid, sekolah menengah agama dan tadikah di atas tanah kerajaan

11. Sekolah ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sejak tahun 2000 dalam Peperiksaan Sijil Rendah Agama ( PSRA ).Kecemerlangan pencapaian dalam peperiksaan ini merangsang ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini dan ini sudah pasti menyebabkan kepadatan bilangan pelajar. Pembinaan sekolah baru diharap dapat memotivasikan lagi seluruh warga sekolah untuk mencapai hasrat menjadikan sekolah ini sebagai model sekolah terbaik seluruh daerah.

PENUTUP

          Memandangkan pembangunan Kampung Perepat begitu pesat dan kadar pertumbuhan penduduk sebanyak tiga peratus ( 3% ) setahun, satu tindakan yang drastik dan proaktif perlu dilakukan oleh semua pihak yang terlibat. Kedudukan sekolah yang dilihat tidak selamat untuk murid-murid yang masih kecil, bukanlah satu alasan yang boleh dipandang ringan.Kesemua ini, menjadi suatu amanah yang perlu digalas oleh semua pihak demi memastikan anak-anak bangsa mendapat pendidikan agama yang sempurna dalam usaha membentuk masyarakat maju dan moden di lengkapi dengan pembangunan rohani dan jasmani.


Syukur alhamdulillah komitmen dari semua pihak iaitu Jabatan Agama Islam Selangor, Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sementa Dato’ Hj Abdul Rahman B. Palil serta usaha berterusan oleh penduduk kampang Perepat, sekolah baru telah mula dibina pada bulan September 2007.Sekolah tersebut terletak di Kebun Baru Kampung Perepat dengan perbelanjaan lebih RM 5 juta ringgit, telahpun siap terbina dan sesi pembelajaran sudah dilakukan dengan penuh kesyukuran pada tahun awal tahun 2009.

No comments:

Post a Comment